Oleh: fahrymuda | Juli 8, 2010

MIKE TYSON DALAM PERJALANAN IBADAH UMRAH

Mantan petinju kelas berat Mike Tyson menunaikan ibadah umroh di Tanah Suci Mekkah. Sejak Jumat (2/7/2010) pekan kemarin, petinju yang pernah dijuluki “Si Leher Beton” itu, telah tiba di kota Madinah, untuk melakukan Sholat di Masjid Nabawi dan menjalani ibadah umroh di Mekkah serta mengunjungi tempat-tempat suci lainnya. Setelah menjalani Umroh, ia berjanji akan melaksanakan ibadah haji pada musim haji mendatang, demikian diberitakan AFP.

Mike Tyson. Perjalanan Umrah di Tanah Suci

Di Madinah, ia sempat bertemu dengan Dr Muhammad Al-Oqala, Direktur Universitas Islam Madinah dan dijemput Shazad Mohammed, pimpinan Asosiasi Da’wah Kanada (CDA), yang merupakan lembaga da’wah yang banyak mensponsori selebriti Muslim baru untuk berkunjung ke Arab Saudi untuk melaksanakan ibadah haji, yang merupakan rukun Islam yang kelima. Tyson hijrah menjadi seorang muslim saat menjalani masa tahanan di tahun 1990-an itu terkait kasus kekerasan seksual terhadap ratu kecantikan Desiree Washington di tahun 1991. Atas kasus tersebut ia dikenakan masa hukuman 10 tahun penjara.

Malik Abdul Aziz adalah nama Muslimnya setelah memeluk Islam. Ia lahir di kawasan Bronx, New York City, Amerika Serikat pada 30 Juni 1966.  Pada tahun 1995, selepas keluar dari penjara Indana, Tyson mengumumkan telah memeluk Islam, setelah mempelajari Islam di dalam penjara.

Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga. Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad. Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya. “Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya, semalam. Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persiapan mengerjakan umrah.

Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berdesakan untuk melihatnya dari dekat. Banyak pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mau mengambil gambarnya. Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.

Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya. Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci. “Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.

Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam. Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas peninju itu berkata, dia amat takut kepada Allah.


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Kategori

%d blogger menyukai ini: